Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Monday, May 31, 2010

5 Months After Engagement Day

Majlis pertunangan Fahril & Siti (2.1.2010)
Besok (2/6/2010) genap 5 bulan aku bertunang dgn my lovely fiance, Fahril. Setakat ni xde pergaduhan yang boleh mengeluarkan ayat 'PUTUS' kuar dari mulut memasing, kitorang ni boleh juga diklasifikasikan 'relax' jer....'Orang tua2' kate xelok tunang lama2 nnt makin banyak godaan. Ade benarnya kate 'orang tua2' tu tapi zaman sekarang dah berubah ade banyak sebab kenapa ada pasangan yang memilih untuk memanjangkan masa pertunangan. Fikir positif je...aku bagi masa diri aku selama setahun setengah untuk bersedia nak jadi seorang isteri dan dalam pada masa yang sama juga bagi peluang untuk Fahril bersedia untuk menjadi seorang suami. Dari segi financial lak, memasing nak kukuhkan kewangan sendiri dulu dan bersedia untuk buat majlis yang kami (Kami ke? or aku je?) idamkan. Mesti orang akan kata kalau xbersedia kenapa nak bertunang at the 1st place? Relationship ni kan ade stages, 1st acquaitance, 2nd couple, 3rd engaged, 4th married and so on.... Bile dah 3 tahun relationship tu mestilah dah tahu tujuannya...xkanlah nak ditakuk yang lama & at the same time sayang tu pun dah melaut, cinta tu plak dah bergunung, rindu plak dah berduyun better la relationship tu ade tandanya, di risik, dipinang, bertunang dan berkahwin.... Yang ni facts orang lelaki...selagi xbertunang selagi tu die xde rase responsible and serious untuk pikirkan soal kahwin (Ops sorry yer sayang... terbagitau plak :p). Bila dah bertunang ni ade sebab la si perempuan untuk berkenalan lebih dekat dgn keluarga lelaki, cuba kalau belum bertunang dah pergi mah family lelaki, bile jiran2 tanya siape tu, family si lelaki pun segan nak bgtau yang si perempuan tu AWEK @ GF anak bujangnya.... Bila dah bertunang, family belah lelaki (lebih2 lagi bakal ibu mertua) xpayah ditanye terus bgtau jiran, 'Inilah tunang Fahril'. Sekarang ni mmg darah tengah manis, pepandailah jaga hubungan, jgn buat perkara xsenonoh dan jaga maruah keluarga masing2.

Calla Lillies Hand Bouquet
Outfit- Baju Kurung Moden sponsor by Cik Ana
Calla Lillies for Hantaran Decoration
Goodies for Friends

Gubahan Sireh

Walaupun dah 5 bulan berlalu ade benda2 yang masih segar dalam ingatan. Goodies yang lain2 dari yang lain (Air kotak milo, chocolate crunchies, and Dodol), Bunga Calla Lillies yang susah nak cari untuk hand bouquet + hantaran, Batu2 yang aku jahit sendiri untuk baju tunang tu (Thanks Kak Maya for the Design) dan Gubahan sireh+bunga hidup idea kreatif aku. Sampai la ni, kalau boring2 kat mah, suka sangat tgk album tunang tu.... Tema hijau lumut kot (xpasti hijau ape tapi hijau lah). After all...Majlis tu berjalan lancar n semua yang aku rancang menjadi... Tema Hijau n Calla Lillies menjadi penyeri. So skg looking forward for my Wedding Day laks....Check list untuk 1 year dah dibuat.

Other Credits :-

1. Kak Syikin - Thank for the Make up. Cantik sangat

2. Cik Ana - Thank for the Baju Kurung . Suits me well

3. Kak Maya- Thank for the Hantaran coklat with well decoration

4. My Bffs (Angah, Kema, Wani, Salina, Yani, Aime and Afid)-Thanks for all your effort and hantaran

5. Kak Rosmah -Thank for the cake gula hangus

6. Abang Zaidi (Cameraman)-Thank for the fantastic pictures

7. Thank for all my family.

Adios, Sayonara, Bye....Zaijian....