Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, July 6, 2010

Vacation take place...





Kerja, kerja n kerja... Sekarang sampai waktu untuk menunaikan hajat di hati, "Its time....... for VACATION!" Ceritanya bermula dgn Farah Aalia a.ka. Yot dan Mr Zaharmizi a.ka. Mizi ni plan nak buat reunion UiTM Diploma in Banking batch 2003-2006. Sebelum ni dah buat makan2 so ingatkan kali ni nak g jln2 plak. Diorg come out dgn plan nak g Pulau Perhentian....

Aku lak pk boleh tahan jgk ni lagipun mmg xpenah pergi sane...so diorg coordinate sampailah dah ade decision. Tarikh nya 9,10 dan 11 July 2010. Konvoi berkereta dan aktiviti selebihnya di sana akan diuruskan oleh Yot. Setelah diwar2kan adalah seramai 10 org (sikit jer kan...) xpe ni permulaan bila dah lama2 akan lagi ramai yang akan ikut.

Aku dah kompom dgn diorg nak pergi. pakej seorg siap minyak n tol, accomodation, snorkling, tambang bot pergi balik "Sap Sap Sui" adlh dlm RM350 tapi ni pun berlebih ni....Tapi at the same time aku belum tanya parent samada leh pergi ke x....Almaklumlah duduk ngan parent lagi....DAN parent aku ni dikenali dgn KETIDAKBENARAN untuk memberi keizinan dalam hal2 yang mcm ni...lagi2 mostly pompuan, nek kete lak tu, tempat jauh, konvoi memalam....sebelum tanya tu rase berdebar2 sebab sebelum ni aku pnh plan nak g Bukit Tinggi pahang tido kat sane dgn MY BFF GENG ade 3 couple yang dah kawen sorang dah ade anak, yang aku ngan wani baru bertunang. AYAH aku kate NO WAY! So kesan drpd itu, aku pun takut kalau2 kali ini akan ditolak mentah2 oleh ayahku....

Timing yang aku amek baik punya, masa tgh bekpes...aku terus tanya (bukan tanya lah...lebih kpd bgtau) "Ayah, ibu....et nak bgtau 9, 10, 11 July ni, et ngan kengkawan UiTM nak g bercuti kat Pulau Perhentian naik kete. Kitorang bertolak malam hari Khamis pukul 11 mlm." 5 saat lepas tu ibu bg respon "Ibu dah tau...ko bgtau ibu hari tu...kat Jetty Kuala Besut, bot ade pagi, kalau lambat terlepas rugi 1 hari." Ayah pulak, " Berapa ramai yang pergi? korang tau jalan ker? Ayah bukan ape, korang semua pompuan ...Ayah xsedap hati nak lepaskan....Tapi terpulanglah, pepandailah jaga diri korang kat sane..." Sound nye macam bagi tapi macam xbagi....

Rase bagaikan ingin melompat keseronokan bile jwpn nye bukan "X BOLEH" terus aku message bebudak lain bgtau aku dah dapat GREEN LIGHT dari MR M, n MRS M. Hari ni hari Rabu (7.7.2010)...so besok mlm (KHAMIS 8.7.2010) kitorang akan bertolak. Tapi sesuka mana pun kitorg, aku dah siapkan map (pinjam dari Kak Maya), kereta aku dan yot baru jer g service, so before pergi, kitorg akan pastikan tayar cukup angin, air radiator, air battery (almaklumlah masih pakai sel basah), dan bawak air banyak sikit. Bukan xde lelaki yang ikut, ade tapi cume 3 org out of 10. Aku dah siap bawak checklist untuk bercuti....

Xsabar rasanya nak pergi, dapat je green light aku terus kemas beg. Org tua2 kate jgn terlalu suka sgt n berwaspada ape2 kemungkinan...so heharap dan berdoa supaya xdelah ape2 kejadian yang tidak diingini berlaku... Kitorg pun dah pastikan dalam 1 kete ade 2nd driver. Semoga perjalanan kami pergi dan balik akan dilindungi dari segala kesusahan. Amin Ya Rabbal Alamin....