Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, June 30, 2010

Story 'bout us


Gambar ni di capture masa My bestfriend wedding, and we have been selected as a bestman & bridemaids. Senyum same lebar but r we really meant for each other? Hope jodoh berpanjangan dapatlah jamu semua makan nasi minyak. Sikuwus Fahril dengan Sigumuk Siti mesti gonjeng kat ats pelamin nnt...


Ni adegan memakai kan sampin, abg photographer sibuk nak tangkap....Sbb nak daptkan baju yang lebih kurang sama dgn aku, die pinjam baju adik kawan die (thanks yer bagi pinjam). Kalau nak tau, pinggang fahril adelah dalam 27inch tapi aku lak 32 inch... huhu malunyer...


Buat posing macam dalam album kawin hehe...Obvious betul pinggul ku yang besar itu...bilerlah nak kecik. Ni gambar kat Taman dkt Simpang 5 Klang.... Ikut pengantin g shooting outdoor...kitorg ni kira pelakon tambahan... Gambar ade time selingan jer.... Tapi syiok

Ni mase mengantar pengantin ke belah lelaki...Tema hijau lumut...Nasib baik baju tunang same tema. Haus sangat time tu, Fahril belikan air soya yang sedap dekat Petronas Kpg Jawa. Dalam gmbr ni ade masuk gak gambar kete orangeku dibelakang...


Ok....sambung ag next time.

Thursday, June 24, 2010

Thanks la Kak Maya oooiiiiii


Terima kasih, saya macam xpercaya saya akan dpt award ni...Saya ucapkan terima kasih x terhingga (sambil mate bergenang air mata) terutama kepada Kak Maya, Fans2 saya yang xkedekut mengundi saya sampai habis kredit, ibu bapa yang tercinta, pihak blogspot dan semua rakan media yang menghangatkan cerita2 panas saya juga kepada tunang saya, Yes I love u bebeh. (Ahaks camni lah lagak artis masa dpt award kat Malam Anugerah ape2pun).

Ekceli, award ni dah dapat lama tapi ade masalah teknikal mase nak posting...skg ni pun xleh copy terus tapi kene type semula...hmm jadi kerja...sbb tu kene tunggu masa yang betul2 free untuk buat nie....


Soalan 1
Adakah anda rasa HOT..?

Jawapan 1
HOT sebenarnya dari semalam. Maxis buat hal...Line dah kene blog. Bile dah byar sampai la nih line masih xclear....HOT giler. Service provider yang menyusahkan pengguna. Menyusahkan!!! terpikir nak tukar post paid lain. Wahai maxis, ingat korg bakal hilang sorang, abg aku pun dah xpakai maxis, kak maya pun nak tukar broadband lain.... Sekali aku beli lain, fahril n mak mertuaku pun akn ikut sbb kitorg 1 pakej....Jaga lah sikit customer babe....(Dah jadi luahan perasaan ni!)

Soalan 2
Upload wallpaper PC/Laptop yg anda guna skrg?

Jawapan 2



Soalan 3
Cerita pasal gambar nih..?

Jawapan3
Amek gmbar ni kat internet, search for sweet picture...mmg nak buat jadi background PC. The message p.s/ I still love you.... aku tujukan buat tunangku yang tersayang... hehe geli


Soalan 4
Kali terakhir makan PIZZA..?

Jawapan 4
Sebenarnya aku xpaham ape maksud soklan ni....kalau aku makan piza skrg ke, semalam ke, tahun lepas ke, ape kene mengena dgn award yang aku dapat ni.


Sebenarnya aku pun xtau bile, tapi yang pasti kak maya order online aku tumpang sekaki order lunch set. Bile tu xpasti ade dalam 2 bulan lepas kot....Aku nie bukan penggemar Pizza Hut sangat.


Soalan 5
Lagu terakhir anda dengar...?

Jawapan 5
Lagu Lenka -the show....office ni sunyi sepi xde radio pun, hp aku nyer ring tone kuar lagu tu...itu jer lah lagu yang paling last aku dgr setakat nie...


Soalan 6
Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?

Jawapan 6
Tunggu ibu aku email kan gambar decor clock yang dibeli hari ni...


Soalan 7
Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?

Jawapan 7
1. Sayang @ Ayang = Fahril je yang panggil
2. ET= Bahasa diri di rumah dan sedara-mara yang terdekat
3. Kak et= Sepupu2 (Fafa, adeq)

Dah tu jer kot....

Soalan 8

Tag lagi 5 orang...


Jawapan 8
1. Fahril
2. Angah
3. Yot
4. Ibu
5. Shella


Soalan 9
Siapa orang No. 1...?


Jawapan 9
Nama penuh: Fahril bin Mohamed Dahlan
Status: Bertunang dgn 'ME'
Seorang kawan, seorang pendengar yang setia, seorang yang baik hati kdg2 leh buat org panas hati gak...tunangku.


Soalan 10
Katekan sesuatu pada org no, 5?


Jawapan 10
Shell....xsabonyer nak pergi Pulau Perhentian....nnt kita mandi sesama yek...


Soalan 11
No.3 ade hubungan ape dgn sape...?

Jawapan 11
Yot berhubungan rapat dengan family Pakcik Zahri sebab die anak pokcik Zahri la...lagi satu berhubungan intim (serius ke?) Dgn Gary Iskandar semenjak zaman Diploma lagi...Adalah dalam 7tahun. Ntah bila nak kawin ntah...


Soalan 12
Bagaiman pulak dengan no.2?


Jawapan 12
Angah nama penuh norhafiza Masoi. Die berhubungan dgn Faizal Abdul Hamid suami tercinta nya....Dah ade anak sorang Damia Qistina kalau xsalah la....


Soalan 13
Kata2 cinta dengan orang no.4...?

Jawapan 13
Senang jer....Ibu, et sayang kat ibu sangat.....engkaulah ratu hatiku....bila kuberduka engkau hiburkan selalu....Ibu.....Ibu....engkaulah RATU HATIKU


Soalan 14
Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang anda tag

Jawapan 14
1. Semua pasal die aku tau...nak tulis semua ker?
2. Angah pernah ade skandal sebelum kahwin la tapi....
3. Yot keje kat Damansara Utama, tiap2 hari g OU, if not, the curve, if not IKEA.
4. Ibu baru balik dari Umrah. Hari ni die bagi duit suh beli stok deco clork.
5. Shella budak muar. Bf nye masih kat Qatar bekerja kumpul duit nak kawin.


Pada yang kene tag...tunggulah aku tag malam nnt.

Thursday, June 17, 2010

Addicted to Korean Dramas/Movies

It started when Full House drama played on our National TV lakonan Young-Jae (Rain) and Ji-Eun (Song Hye Kyo). It was really romantic commedy drama that i've ever seen. Then masa kat UiTM, kitorang dok pegi kedai dvd nak beli korean drama yang pirate punye (oops terbagitahu plak) biaselah budak tgh belajar mane ade duet nak beli yang ori. Kadang2 ada 16-20 episode (1 episode = 1jam) then kitorang boleh habiskan semua episode 1hari 1malam tanpa tidor. Selalunye kitorang buat ni biler lepas test or besok xde kelas lar....bukan nak kata korean drama ni bagus sangat cuma tak tahu camner die boleh attact penonton sampai addicted untuk tengok. I wish that Malaysian drama leh ada mcm citer korea nie.... Even dah habis zaman study, addicted tu xkurang tapi makin bertambah. My everyday schedule....

1. Isnin - Jumaat, 8.30mlm - 9.30mlm : Chanel 8, Brilliant Legacy (Lee Seunggi)
2. Isnin - Selasa, 9.10 - 10.10 mlm: KBSW (303) Becoming a Billionaire

3. Jumaat 9.20 - 11.20mlm: KBSW (303) Three Brothers

4. Jumaat 11.30 - 12.30mlm: KBSW (303) 2 days 1 night (my favorite)

Shopaholic vs saving

Dulu zaman baru mula keje n terdedah dgn warehouse sales and at the same time duit ade, kad kdt pun ade....aku punyalah suka bershoping sampaikan leh habis ribu2 semata beli this and that. Shoping tu macam dah jadi hobi. Simpan duit dalam ASB pun xguna sebab akan habis jgk....punyalah dahsyat nye gangguan syaitan.... Lepas tu ade 1 muvie "Confession of a Shopaholic" aku g tgk....memula xde kesan, tapi lepas tu aku macam sedar yang aku nie lebih kurang je mcm Rebecca Bloomwood dlm cerita tuh... Muvie tu berdasarkan sebuah novel writer Sophie Kinsella... Then aku g browse kat MPH Bookstore cari novel tu, then terus suka and beli lah....Pupuk diri baca novel tu walaupun lama nak habis it takes me 2 months to finish read it. Not because the plot not interesting but i dont have much time to read it. Lagipun sebelum ini ade jgk baca novel2 lain pun sama gak cmtu. Selalu ade mase sebelum tdo, tp baru flip 2 to 3 page, mate dah kuyu and tertido. Sekarang ni dah beli 4 novel Sophie Kinsella under Shopaholic series ni.
And i'm looking forward to buy other Shopaholic series novel seperti di bawah nie....Tapi slow2 la... Hehe tak sabar nak habiskan baca Shopaholic & Baby, bile dah habis leh beli yang baru. Sekarang ni hobi shopping tu dah bertukar baca novel which the cost below RM100 pun... Lagi syok bile ada tax rebate. Duet yang selalu habis kat shoping dah leh buat saving masuk ASB. Seronok rupanya membaca novel....walaupun xde mase tapi tetap boleh habiskan baca jgk. Xkesah lah kan nak amik masa half year to read one book but its a fun things to do. Laid back in my room with one cup of tea n imagining what the writer try to say about.


Xrugi, xmembazir kalau kita ada hobi membaca. Kalau lah dari kecil hobi membaca ni aku ada mesti aku lagi bagus dari aku yang sekarang ni... Insyaallah kalau dah ada anak nanti, i'll try my best to read story book every night. And buy them good books that can enhance their way of thinking & understanding. Semoga dapat jadi ikutan pada yang lain...Cuba lah baca novel Shopaholic series nie...Best.



Monday, June 7, 2010

Jihad kita

Bacalah Surah Al-Fath dan Surah Yunus.

Pemimpin Hizbullah, Libanon, Syd Hassan Nasrallah meminta seluruh umat Islam untuk melafaz Quran untuk menyelamatkan Umat Islam di Palestin dan memberi bencana kepada yahudi...

Surah Al-Fath
Ayat 26-27

Maksudnya:
26- "Ketika orang kafir menanamkan dalam hati merekakesombongan (iaitu) kesombongan jahiliyah lalu Allah S.W.T menurunkan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang mukmin dan Allah S.W.T mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa1405 dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"

27-"Sesungguhnya Allah S.W.T akan membuktikan kepada Rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, Insyaalah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mngguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah S.W.T mengetaui apa yang tidak kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu KEMENANGAN yang terdekat.

Surah Yunus
Ayat 85, 86 dan 88

85-"Lalu mereka berkata: ' Kepada Allah-lah kami bertawakal! Ya Tuhan kami; jgnlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim"

86-"dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang kafir."

88-"Musa berkata: 'Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi kepada firaun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuhan kami- akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat seksaan yang pedih."

Wednesday, June 2, 2010

Tema Tiffany Blue

Tiffany blue ada yang kate biru turqoise tapi kehijauan sikit. Hard to explain and very rare org Melayu kahwin guna warna Tiffany blue... But i really2 suka warna tu. Alkisah nya masa tunang aku dah guna warna hijau, kalau boleh nak wat majlis kahwin warna hijau lagi tp different type of hijau. Bila bgtau ibu, die xbagi n suh pilih kaler len....Aku ni tersangatlah suka hijau jadi aku amek warna Tiffany blue yang sebenarnya hijau2biru. Then ibu aku setuju sbb die ingat warna biru...Susah nak cari contoh baju sanding warna tiffany Blue nie puas cari tapi yang keluar omputih nye version. Angan2 nak pakai baju warna tiffany blue with white lace on my wedding day.