Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, November 24, 2010

HPV virus dan langkah2 pencegahan

HPV atau nama panjangnya human papillomavirus (HPV) is sexually transmitted virus. Virus ni boleh menyebabkan kanser serviks bagi kaum perempuan. Selalunya terjadi dekat org yang dah pernah ada sexual intercourse samada yang berkahwin or belum berkahwin. Macam yang kita dah sediamaklum, kanser serviks adalah pembunuh No. 2 kaum wanita. Macammana virus tu boleh ade, korang boleh surf internet cari sendiri k aku cuma bagi basic info jer.
Memula aku terdengar pasal kanser serviks ni kat TV. Belum ade lagi ubat untuk melawan penyakit kanser ni, tapi ada langkah2 pencegahan awal seperti ujian pap smear yang berterusan, (which aku belum boleh buat benda tu sbb aku belum kawin) n kita boleh ambil kanser servik vaccine kat klinik2 berhampiran. Thanks to Agnes sbb dedahkan info ni kat ofis, so aku pun fikir masak2 patut ke nak amik injection ni walaupun aku belum pernah ade sexual intercourse. So aku pun google cari info, tanya kawan, n tanya org yang tahu pasal ni. Ternyata mostly bagi positif answer, suh amik jgk sebagai persediaan.
Aku g klinik Rheena kat Bukit Tinggi, doktor tu perempuan so lebih senang berkomunikasi masalah2 penyakit puan. Kena amik 3 kali jap. 1st jap aku amik 20.10.2010, xsakit tapi 3 hari gak la tangan aku lenguh2 n lemah. (Nak amik jap pastikan xdemam k kengkawan), then jap ke2 sebulan dari tarikh 1st jap. Sepatutnya 20.11.2010 tapi disebabkan ade hal2 penting yang xdapat dielakkan aku amik semalam 24.11.2010 (4 hari lewat). The last jap will be 6 months after the 1st jap. That means 20.4.2011 baru amik yang last. Kepada sesiapa yang planning nak conceive, doktor xsarankan ambik jap ni takut membahayakan baby, sebab tu die suh aku buat awal sebelum aku kawin bulan 7 tahun depan...
About the price....Each jap for RM200. Yes i know benda ni mahal, tapi kalau korang sayang badan korang and bertanggungjawab ke atas badan korang RM200x3 ni xla mahal berbanding nilai nyawa korang. Aku sanggup sacrifice my money in order to be healthy. Cerita pasal jap yang mahal ni, aku betul2 cemburu dengan budak2 sekolah yang berumur 13 tahun ke bawah yang akan dapat kanser serviks vaksin ni secara percuma. So bagi ibu bapa yang mempunyai anak berumur 13 tahun ke bawah make sure they take the vaccine. Bgtau kenapa kene ambik vaksin tu...Xdelah macam aku kecik2 dulu, amik injection for rubella tapi aku xtau ape benda tu, untuk ape, how long the vaccine can be in our body, nak cegah ape...Kosong. Be grateful to our government yang berusaha untuk beri anak kita pencegahan awal kanser serviks kepada budak sekolah. Kalau kita pk berapa ramai budak umur 13 tahun setiap tahun, dan berapakah kos perbelanjaan setiap vaksin, mesti kita akan bersyukur sgt2.
Selepas jap ni, aku nak g amik Executive Medical Check-up dekat KPJ shah alam, sebab company aku support perbelanjaan 2tahun sekali. Aku nak tahu badan aku ni apa yang kurang n ape yang lebih (yang lebih tu aku tahulah berat badan aku). Please bare in mind, bukan semua orang gemuk (atau obesiti) tu tak sihat. So aku nak buktikan kepada semua yang aku ni obesiti (dan masih berusaha untuk kurangkan berat badan ke berat ideal) tapi sihat xde sakit yang kritikal. Aku nak amik sebelum kahwin, supaya aku lega and at the same time puas hati dapat sediakan diri aku yang sihat untuk bakal suami. Hopefully, die pun macam aku.
Tau x korang yang canser dalam badan mcm kanser paru, kanser perut, kanser usus and so on disebabkan oleh penyakit hepatitis B. Masa kecik dulu government ada wajibkan injection hepatitis B untuk budak2 sekolah, and aku xtau samada vaccine tu ade lagi kat dalam badan aku ke tak... So aku nak g wat check-up pasal tu gak, kalau vaccine tu dah xde, aku akan ambil jgk untuk pencegahan awal. Pada korang yang ada relatives atau famili yang meniggal dunia disebabkan kanser, better korang g amek blood test untuk trigger the kanser. Bila mata dah terbuka dengan benda2 ni, korang akan lebih berhati2 dan cuba memikirkan jalan terbaik untuk hidup sihat.
Siapa lagi yang nak sayangkan diri dan badan kita selain diri kita sendiri. JAgalah kesihatan diri dan buatlah pemeriksaan berkala.

No comments:

Post a Comment